Wednesday, 28 December 2011

keterpaksaan itu..

ye.. keterpaksaan...
harus melakukan demi menjaga hati insan yang berhati mulia..

untuk sekali ini..
harus aku nekad...
untuk terus melupakan kamu...
bukan kerana hilang segala rasa..
bukan kerana aku sudah penat..
tidak..
namun untuk menjaga hati..

biar begitu sukar untuk aku lakukan..
namun keadaan sekarang memaksa aku untuk melakukan hal itu..

iya.. satu pengorbanan...
demi menjaga hati itu..

tidak mahu di label sebagai insan yang mementingkan diri sendiri..
aku harus lalui semua ini ..
harus nekad..
tidak boleh berpatah balik ke belakang..

dan kamu...
jangan cari aku lagi
bimbang aku akan jatuh hati
bimbang semakin kuat rasa cinta ini..
bimbang semakin kuat rasa sayang ini..
bimbang nati aa hati yang akakn terluka..

biar kamu tidak mengetahui..
hati siapa yang aku maksudkan itu..

namun ini semua aku lakukan demi kamu dan demi hati itu..
hati insan yang terlalu mulia..
hati insan yang terlalu banyak berkorban untuk kebahagiaan aku dan kamu

namun kini hati itu terjatuh jugak ...
tidak mungkin akan ku pijak hati itu..
tidak mungkin......

walau tidak ku duga disebalik hati lelaki itu, adanya aku..
namun percayalah..
tidak akan ku rosakkan persahabatan kalian dengan adanya AKU..

biar aku yang sakit..
biar aku kecewa...
namun untk dituduh sebagai perosak persahabatan kalian itu mustahil...

biar nanti hati lelaki itu terluka dengan kesalahan yang aku lakukan..
dan bukan dengan rasa aku pada kamu.
bukan dengan cinta aku pada kamu..
aku harus berkerja keras untuk itu..
demi menjaga hati lelaki itu..

biar kamu benci aku dengan keputusan aku kali ini..
namun bagi aku, cukup kamu telah mengetahui...
kamu pernah berada dalam hati aku..
di lubuk yang paling dalam...

kenangan itu tetap akan jadi satu kenangan yang terindah buat aku...

No comments:

Post a Comment