Wednesday, 22 July 2015

22July2015

Ya Allah.. andai seluruh kehidupan ku harus aku lalui dengan penuh kedukaan.. KAU berilah kebahagiaan untuk ku di syurgaMu kelak..

Tuesday, 21 July 2015

ujian

ya rab..
kurniakan aku sedikit kesabaran utk aku tempuh dugaan yang telah engkau rencanakan untukku
kembalikan senyumanku..
berikan aku kekuatan ..
ya rabb.. sesungguhnya engkau maha mengetahui sesuatu yang terbaik untukku..
jangan kau biarkan aku lemah untuk dugaan ini..
bimbing aku dalam mencari redhaMu..
ya rab.. suamiku adalah ujian terhebatku..
ya rab.. berikan aku kebahagiaan di akhirat kelak.. andai di dunia terpaksa aku lalui dengan kelukaan..
sungguh sudah tiada lagi kebahagiaan di dunia ini yang aku cari selain dari keredhaanMu..
ya rab.. jangan kau hilangkan rasa hormatku terhadap suamiku.. andai sudah tiada lagi rasa sayang antara kami..

Wednesday, 13 May 2015

ceritera hidup

Hidup tak seindah yang diimpikan
Perjalanan tak semudah yang disangkakan.
Hari jugak tak selalu cerah
Awan jugak tak selamanya mampu menahan air
Pasti jatuh.Berjujuran. Tiada siapa mampu menahan.
Begitulah hidup.
Yang dah ditentukan perjalanannya..

Sunday, 5 October 2014

gubahanku

Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubah

Ku ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan daku

Walau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisa
Setahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai gadis pujaanku
Cintaku hanya padamu

Tuesday, 18 March 2014

berat

berat.
sangat berat bebanan itu.
sungguh.
tak tertanggung.

sakit.

Ya ALLAH.. permudahkanlah

Wednesday, 12 March 2014

Saat keputusan itu harus dibuat



siapa sangka.. lima tahun yang lalu..
sebuah harapan dibina..
tanpa tahu apa kesudahan nya
sekadar menanam impian untuk diri sendiri
namun pada ketika itu
doa dan harapan hanya ku panjatkan pada DIA yang maha mengetahui

Lima tahun
pasang surut..
aku telan.. hanya aku
sakit pedih suka duka payah jerih
aku simpan aku pendam

Kini
terima kasih Allah
harapan itu seoalah memberi satu sinaran
seoalah menjentik kembali nadi aku
untuk terus bernafas
harapan itu kembali seolah
memberi aku satu sinaran untuk terus melangkah
kerana yakin.. TUHAN memang merencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku

NAmun..
Dalam sinaran itu..
masih ada awan mendung yang seolah cuba
bermain teka teki dengan pemerhati nya
samaada akan terus memberi sinaran
atau terpaksa kebasahan dalam hujan

saat impian itu hampir aku gapai
bermacam dugaan terpaksa aku tempuh

kubiarkan seketika..
biar keadaan menjadi tenang..

akan aku kembali.. dengan sebuah keputusan
Bila aku tanamkan REDHA dalam diri aku kelak.

Tuesday, 21 May 2013

Terima kasih pengalaman

Saat huluran tangan disambut mesra
saat tangan kita bersatu
saat kau dan aku menjadi satu
Saat itu hanya engkau dalam aku

Ya Allah
Terima Kasih atas kesempatan ini
Terima kasih atas peluang ini
Terima kasih atas nikmat yang KAU berikan

Engkau..
Terima kasih atas tunjuk ajar itu
Buat aku menjadi aku
Buat aku lebih berkeyakinan
Buat aku berdiri atas kakiku sendiri
Buat aku percaya aku boleh bertindak di luar kotak fikiran ku

Aku..
Akan terus menjadi aku
Akan tetap simpan kenangan itu

Masa..
HAdirlah kembali
Untuk aku rasai kembali
Masih tetap sama seperti waktu itu walau entah bila aku akan kembali
Kerana yang pasti aku pasti akan kembali kesitu... insyaAllah